Thursday 27 December 2012

Tenaga Dalaman Rohaniah, Misteri Nusantara dan Zainal Arifin Ahmad~


Bismillahirahmanirahim..
“Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Itu Utusan Allah..”
Assalamualaikum w.b.t..
Pada hari selasa yang lalu, stesen televisyen TV3 telah menyiarkan pengembaraan terbaru Zainal Arifin Ahmad (hos rancangan Misteri Nusantara) berkenaan rahsia tenaga dalaman yang di amalkan oleh PSSGMM Cawangan Kota Bahru dan diterajui oleh Datuk Seri Orang Kaya Tunggak Alam Nazha. Berbeza dengan siaran terdahulu di dalam rancangan Ilmu Alam Ghaib yang lebih terarah kepada rawatan makhluk halus, kali ini hos yang sama mahu mendalami sendiri rahsia tenaga dalaman rohaniah melalui gerak persilatan dan juga tetakan benda tajam pada anggota badan.

Apa yang menarik mengenai rancangan yang dihoskan oleh Zainal Arifin Ahmad ini, ia mengupas dan menjelaskan ilmu tenaga dalaman rohaniah ini secara adil tanpa ada “Bias” atau berat sebelah tambahan lagi dengan kajian yang dilakukan sendiri oleh beliau melalui youtube tentang seorang doktor di Russia yang kini sedang mengkaji rahsia tenaga dalaman dan minda bawah sedar.

Apa yang diamalkan oleh ahli PSSGMM telah pun dibuktikan secara tidak langsung oleh Dr Konstatin Koroktov. Sedang orang lain masih tercari-tercari rahsia alam kita sudah pun menemui dan mengamalkannya, cuma kita perlu teruskan lagi amalan ini secara istiqamah dan ikhlas kerana Allah tanpa ada rasa riak dan takbur dan semoga kita memperoleh manfaat dan kebaikan daripada amalan ini.

No comments:

Post a Comment