Bismillahirahmanirahim..
“Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Itu Utusan Allah..”
Assalamualaikum w.b.t..
Artikel dari blog : http://perubatanputra.blogspot.com/
Ilmu Usul(cuca) atau mengenal asal usul telah lama diamalkan oleh pendekar pendekar terbilang pada masa dahulu.Mereka menumpulkan senjata dengan kaedah memujuk secara lisan dan batin,tanpa bantuan jin,mantera,jampiserapah .Nak bukti jumpa datok kita buktikan depan mata.Sebenarnya salah satu pengalaman datok hampir dipatuk seekor ular tedong semasa pergi merawat seorang pesakit seekor ular tedung betul betul berada didepan datok dengan syahadah sekali datok terus pujuk ular dan beritahu ular tersebut jika dia patuk datok datok akan dakwa dia diakhirat,terus ular tu cabut lari padahal betul betul berada dekat kaki datok dan bersiap sedia untuk mematuk datok.Kaedah yang sama bila kita nak bagi senjata itu tumpul secara batin zahirnya tajam batinyya tumpul .Peluru,logam,keris ,ular,harimau ke semua makhluk Tuhan yang diciptakan Tuhan untuk memberi manfaat kepada kita.Apabila kita mengenal mereka kita tidak akan takut dengan makhluk.kita akan terkagum dengan kebesaran Allah.Nak rahsia ini jumpa datok .
Kaedah mengolah tenaga AURA atau nur bukan ilmu baru .Pengolahan nur cahaya ini telah diamalkan oleh datok laksamana Hang Tuah,Datok Bahaman ,Mat kilau ,kebetulan datok ada salinan kitab pahlawan mat kilau ada disebutkan kaedah mengolah kalimah Allah misalnya untuk berperang maarifatkan kalimah Allah berwarna merah,untuk pengasih maarifatkan kalimah Allah berwarna kuning.Penemuan kaedah ini adalah diambil dari tokku paloh,setelah mereka berguru dengan tokku paloh seorang waliyullah terkenal setelah mereka membuang ilmu ilmu dunia. mereka mula ditiupkan roh jihad oleh tokku paloh dengan ilmu ilmu perang berlandaskan islam.Murid gayong maarifat diajar ,diasuh tentang yakin Illallah, dengan menafikan makhluk dan isbat Allah swt. makhluk tak dapat beri manfaat atau mudharat melainkan idengan izin Allah. api tidak boleh membakar , tapi Allah sahaja yang membakar. Api berhajat pada Allah untuk membakar, tapi Allah tidak berhajat pada api untuk membakar. Jika Allah mahu, api boleh membakar, dan jika Allah mahu, api tidak boleh membakar.
,dalam tauhid kita, LaIlahaIllAllah ialah yakin Allah Maha Kuasa, makhluk langsung tiada kuasa.
Seorang ulama’ memberitahu, Allah SWT hendak menyempurnakan nikmat2Nya yang besar kepada hamba2Nya yg berhubung dgn dunia dan akhirat, maka Ia mengutus para AnbiaNya dengan memberikan mereka dua keistimewaan: Doa dan Da’wah. segala hajat yang dipohonkan pada Khaliq yang Maha Kuasa dinamakan doa dan segenap perintah Khaliq disampaikan pd makhluk2 Nya dinamakan da’wah.
AllahSWT berfirman yang maksudnya:”Maka ingatlah Allah saat berdiri, duduk dan berbaring”(An Nisa’:103) . Dalam pada itu,NabiSAW bersabda ,”Mahukah kamu aku beritahu amalanmu yang terbaik dan tersuci di sisi Rajamu(AllahSWT) dan dapat meninggikan darjatmu,serta lebih baik bagimu dari bersedekah emas dan perak, dan mengalahkan musuhmu di gelanggang pertempuran?” Para Sahabat R,A menjawab “Tentu sahaja ya Rasulullah!” Baginda SAW menjawab,” Yang terbaik dari semua itu ialah zikrullah”. Sebahagian orang arif pula berkata:” Zikir adalah rukun tariqat, kunci hakikat, senjata murid, dan pancaran sinar kewalian.”
Jadi, cukuplah dengan firman Raja segala Raja SWT, Khatamun Nabiyyin SAW, dan Ulama’2 Rah. yang membuka kelebihan zikrullah. Para Ulama’ semasa tiba ke tanah Melayu (jika tidak silap, tabi’in) sama ada Indonesia dan Brunei, berda’wah dengan hikmah. Dari persilatan, kepada permainan2 tradisi yang lain, diselitkan dengan unsur2 agama. dengan kata lain, seni silat telah dijadikan salah satu wasilah untuk sampaikan Islam pada umat!
Misalnya contoh ada seorang pemanah di kampung ini dapat memanah buah manggis di atas kepala seorang yang diikat pada pokok. kerana ahlinya dalam memanah, sikit pun anak panahnya tidak tersasar. orang2 kampung sebelah yang mendengar cerita ini begitu yakin dengan keahlian pemanah tersebut, walau hanya mendengar dari mulut orang. tetapi, apabila mereka ke kampung itu melihat sendiri pemanah itu memanah, yakin mereka makin bertambah. dan yakin mereka akan capai kemuncaknya apabila mereka sendiri yang diikat pada pokok itu, dan mendapati anak panah itu benar2 tepat pada buah manggis itu!
Begitulah iman yakin kita pada Allah, dengan hanya mendengar cerita kebesaran Allah, iman kita hanya peringkat Ilmu-Yakin. apabila melihat sendiri, spt orang2 kampung itu, iman meningkat pada Ainul-Yakin, tapi apabila kita sendiri mengalaminya, baru dapat Haqqul-Yakin(hakikat Iman). guru2 selalu menguji anak2 silatnya dengan menyuruh terjun ke dalam lubang yang dipacak lembing, berjalan atas bara atau kaca, ditetak dengan parang tajam dan sebagainya.ia adalah untuk menafikan ‘sifat2 makhluk’ tersebut( parang tidak dapat memotong melainkan dengan izin Allah). hakikatnya, ilmu ini adalah ilmu yakin pada pencipta Allah yang maha berkuasa,maarifatnya ilmu ini adalah untuk merasa akan kebesaran dan perlindunganNya.Bagaimana kita solat andai kita tak terasa kebesaranNya bukankah kosong solat itu sekalipun rukun dan bacaannya sempurna.
Murid gayong maarifat dilarang keras sama sekali menggunakan tenaga dari jin dan syaitan,bahkan sangat memusuhi syaitan dan iblis.Murid gayong maarifat didedahkan dengan solat sunat taubat dan solat sunat hajat wirid dan kebesaran Allah swt melalui kaedah bertafakur dengan membuat pengosongan (tahalli)beristigfar ,kemudian membuat pengisian (takhalli)selawat,zikir dan bacaan surah surah terpilih.Natijahnya nanti InsyaaAllah akan melahirkan individu yang bertaqwa ,waraq ,berbudi pekerti,jujur ,ikhlas ,amanah dan berkasih sayang sesama insan.
~~CREDIT TO = TOK AYAH NAHZA
No comments:
Post a Comment