Sunday, 30 December 2012

Perjumpaan jemaah GM Sabah bersama Yang Dipertuan Besar Panji Alam Tuanku Dr Azam Al-Qadiri

Bismillahirahmanirahim..


“Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Itu Utusan Allah..”


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T pada hari ini 17 Safar 1434 bersamaan 30 Disember 2012 telah berlangsung perjumpaan jemaah GM Sabah bersama Yang Dipertuan Besar Panji Alam Tuanku Dr Azam Al-Qadiri di Mini Hall Hotel Yaho Sembulan Kota Kinabalu.  Majlis ini dihadiri seramai 30 orang termasuk ahli GM lama dan baru, serta beberapa orang awam yang ingin mengenali GM secara lebih dekat lagi.

Antara aktiviti yang sempat di adakan:

  • Amanat daripada Yang Dipertuan Besar Panji Alam sempena tahun 2013 yang akan menyusul beberapa hari lagi termasuk penerangan mengenai visi dan hala tuju Gayong Maarifat khususnya di Sabah dan secara amnya di Malaysia dan seterusnya antarabangsa untuk tahun depan.



  • Kursus ringkas amalan tenaga rohani beramai-ramai bersama Datuk Seri Orang Kaya Setia Paduka Tok Ayah Indera Pahlawan kepada ahli yang sudah membuka gerak (ahli lama dan baru).




Walaupun pengisian program tidaklah begitu padat disebabkan masa yang tidak mengizinkan namun rata-rata jemaah yang hadir melahirkan rasa gembira dapat mendengar amanat daripada Yang Dipertuan Besar Panji Alam dan secara tidak langsung perjumpaan sebegini juga dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli dan juga Orang Besar Bergelar yang lain. 

Semoga Gayong Maarifat terus berkembang dan mekar di bawah pimpinan Yang Dipertuan Besar Panji Alam, InsyaAllah~

No comments:

Post a Comment