Thursday 27 December 2012

Mukadimah..Salam dari Bawah Bayu~


Bismillahirahmanirahim..
“Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Itu Utusan Allah..”
Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kita masih mampu bernaung di bawah kalimahNya semoga kita berkekalan di bawah lindunganNya hingga ke akhir hayat, InsyaAllah. Blog Gayong Ma'arifat Sabah ini merupakan blog yang sudah lama berdaftar cuma admin belum sempat untuk memuat sebarang artikel di dalam blog ini kerana sudah terdapat satu lagi blog di bawah seliaan admin (perubatanalternatifgms.wordpress.com) juga untuk GM Sabah. Berikutan blog yang terhasil menggunakan host wordpress tidak begitu banyak di surf dalam kalangan kita maka admin mengambil keputusan untuk beralih kepada hosting blogspot yang lebih popular dan mudah untuk ditadbir.
Untuk permulaan ini admin hanya akan re-post semula artikel-artikel yang terdapat dalam blog wordpress terdahulu ke dalam blog ini dan masa akan datang InsyaAllah lebih banyak artikel, informasi serta pengumuman dapat diperoleh daripada blog ini.
Informasi berkenaan Gayong Ma'arifat Sabah boleh di capai melalui:
atau sebarang pertanyaan
E-mel: gmsabah@yahoo.com / gayongmaarifatsbh@gmail.com
Sekian Salam Semilir Sakti
Wassalam

No comments:

Post a Comment