Bismillahirahmanirahim..
“Tiada
Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Itu Utusan Allah..”
Assalamualaikum
w.b.t..
“Islam
Itu Tinggi, Tiada yang Tinggi Selainnya“..begitulah peringatan yang
sering diingatkan oleh seorang guru agama kepada muridnya. Jika difikirkan
memang ada asasnya ungkapan ini, melihat kepada perjuangan umat Islam yang
terdahulu. Jika seorang Islam itu diceroboh haknya, maka saudara seislamnya di
negara jiran akan datang membantu. Tapi tidak pada masa kini, bukan tidak ada
langsung yang cuba mempertahankan serta membantu saudara seislamnya, tapi
jumlahnya terlalu sedikit berbanding yang terus menerus menyerang, mencemuh serta
menghina pendukung agama Allah ini. Tidak ada lagi tempat yang selamat bagi
seorang Islam pada masa kini sama ada diluar atau di dalam rumah. Tidak
perlulah kita terus menjurus kepada konflik agama diluar negara, lihat sahaja
di negara kita sendiri.
Biarpun
tidak secara nyata golongan kafir ini menentang secara halus. Namun hari demi
hari pelbagai usaha yang giat dijalankan oleh mereka dari usaha mengkafirkan
umat islam sehingga mengaut harta umat islam di negara ini semakin ketara sejak
sedekad yang lalu. Ibarat bom jangka yang hanya menanti masa untuk meledak
begitulah juga keadaannya di negara ini. Bukan mahu menafikan keamanan serta
perpaduan tapi persediaan itu juga perlu kerana pada masa kini undang-undang
pun tidak lagi mampu menyelamatkan kita. Hak seorang Islam mampu dicabar
melalui mahkamah yang berpaksikan undang-undang tinggalan British iaitu “common
law”. Kadang kala dalam usaha kita menyedarkan saudara seislam ada juga
suara sumbang mengatakan kita harus berserah dan berdoa.
Memang
“doa
itu senjata seroang mukmin“, tapi tanpa usaha doa adalah sia-sia.
Firmah Allah: “Aku tidak akan mengubah nasib
sesebuah kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri“. Sesuatu
doa itu perlulah disusuli dengan usaha, maka dengan itu perlulah kita memiliki
satu ilmu untuk mempertahankan diri sebagai bekalan dalam menghadapi
musuh-musuh yang tidak boleh diduga kedatangannya. Persoalan yang selalu timbul
di zaman serba canggih ini ialah, kenapa kita perlu ilmu mempertahankan diri
sedangkan sekarang sudah ada senjata moden seperti pistol? Benar kini memang
ada senjata seperti pistol, tapi sejauh mana dan sampai bila pistol itu akan
mempertahankan tuannya? Sehingga habis peluru? Sehingga pistol itu jatuh ke
tempat lawan? Atau belum sempat kita keluarkan senjata, musuh sudah menyerang?
Bayangkan anda sedang bersiar-siar dengan keluarga dan tiba-tiba diserang oleh
sekumpulan samseng atau perompak, adakah anda hanya berserah begitu saja?
Dalam
konteks mempertahankan diri menghadapi ancaman yang tidak diduga, senjata yang
paling berkesan ialah diri sendiri, gunakan diri sendiri untuk melawan musuh.
Malah musuh bersenjata pun mampu ditewaskan dengan menggunakan ilmu seni bela
diri. Sila nyatakan berapa banyak seni bela diri menggunakan doa, solat
sunat serta zikir sebagai amalan rohaninya? Perkiraan antara 1 sehingga 5 pun
belum tentu wujud dalam menyatakan ciri sebuah ilmu seni mempertahankan diri
seperti yang dinyatakan. Ilmu seni bela silat yang dikatakan berasal daripada
pengaruh Cina dan Hindu dan kemudiannya berlaku pertembungan budaya diantara
seni ini dan juga kedatangan agama Islam di nusantara akhirnya mewujudkan
sebuah seni bela yang dibatasi oleh syarak dan dinaungi dengan amalan-amalan
Islam seperti solat. Namun masih terdapat aliran silat yang masih mengamalkan
amalan tradisi dahulu tanpa menyerap elemen-elemen Islam di dalam amalan dan
pembelajarannya seperti pengunaan jin, mantera serta jampi haram.
Berbeza
dengan Seni Silat Gayong Ma’arifat yang mempraktiskan ajaran Islam Al-sunnah
wal jamaah secara menyeluruh dari membuka langkah sehingga mematikan langkah.
Ahli-ahli silat Gayong Ma’arifat berpegang teguh atas kalimah tauhid “Tiada
Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah” yang perlu
dilafazkan dalam setiap pertarungan atau latihan. Dalam membuka langkah
perlunya juga wujud rasa tawakal kepada Allah yang mengizinkan setiap yang
berlaku di muka bumiNya maka itu setiap langkah diringi zikir yang memuji
kebesaran Allah yang sentiasa disarankan untuk diamal oleh pesilat-pesilat
Gayong Ma’arifat daripada Guru Utama Seni Silat Gayong Ma’arifat. Jauh sekali
daripada mensyirikkan Allah dengan menggunakan bantuan makhluk lain, setiap
lafaz syahadah disusuli doa, dan doa disusuli dengan langkah tenaga rohaniah
atau tenaga dalaman si pesilat.
Marilah
kita bersama-sama mengejar ilmu Allah yang sangat luas, jangan wujud rasa
bangga dengan ilmu yang sudah miliki kerana ilmu itu tersangatlah luas,
Rasullullah bersabda: “Tuntutlah ilmu walau sampai ke
negeri China”. Dalam kita mendalami ilmu persilatan ini sama-sama
juga kita mendekati Allah dan terus menyebar serta mencari ilmu-ilmu yang lain
sebagai bekalan kita mempertahankan agama suatu hari kelak. Namun carilah ilmu
yang bersesuaian dengan syarak, yang berpegang kepada Al-Quraan dan Al-Sunnah sebagai
sumber dan jauhi ilmu yang bertentangan dengan Islam serta menyukutukan Allah
dengan menggunakan bantuan makhluk lain. Semoga Islam dapat kita pertahankan,
diri dapat kita siap siagakan dan dada penuh dengan ilmu dan iman InsyaAllah.
Gelanggang Seni Silat
Gayong Ma’arifat kini sudah dibuka di Sabah dan kini sedang giat menggumpulkan
ahli, antara gelanggang yang kini giat menjalankan latihan:
1. Gelanggang Putatan,
Cruz Fight Station
2. Gelanggang SK Sri
Gaya, Kota Kinabalu
3. Gelanggang Warisan,
Kg Warisan Inanam
Syarat menyertai
latihan:
1. Islam
2. Berumur 4 tahun dan
ke atas
3. Syarat-syarat lain
yang mungkin difikirkan sesuai oleh gurulatih
Bagi yang berminat menyertai sila hubungi:
1. Ayahanda Doni Masjiril (016-8054477)
2. Pendekar Ahmad Zul Fahmi
(016-8601083)
3. Pendekar Muhd Hilmi
(014-3021052)
No comments:
Post a Comment