Sunday, 30 December 2012

Perjumpaan jemaah GM Sabah bersama Yang Dipertuan Besar Panji Alam Tuanku Dr Azam Al-Qadiri

Bismillahirahmanirahim..


“Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Itu Utusan Allah..”


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T pada hari ini 17 Safar 1434 bersamaan 30 Disember 2012 telah berlangsung perjumpaan jemaah GM Sabah bersama Yang Dipertuan Besar Panji Alam Tuanku Dr Azam Al-Qadiri di Mini Hall Hotel Yaho Sembulan Kota Kinabalu.  Majlis ini dihadiri seramai 30 orang termasuk ahli GM lama dan baru, serta beberapa orang awam yang ingin mengenali GM secara lebih dekat lagi.

Antara aktiviti yang sempat di adakan:

  • Amanat daripada Yang Dipertuan Besar Panji Alam sempena tahun 2013 yang akan menyusul beberapa hari lagi termasuk penerangan mengenai visi dan hala tuju Gayong Maarifat khususnya di Sabah dan secara amnya di Malaysia dan seterusnya antarabangsa untuk tahun depan.



  • Kursus ringkas amalan tenaga rohani beramai-ramai bersama Datuk Seri Orang Kaya Setia Paduka Tok Ayah Indera Pahlawan kepada ahli yang sudah membuka gerak (ahli lama dan baru).




Walaupun pengisian program tidaklah begitu padat disebabkan masa yang tidak mengizinkan namun rata-rata jemaah yang hadir melahirkan rasa gembira dapat mendengar amanat daripada Yang Dipertuan Besar Panji Alam dan secara tidak langsung perjumpaan sebegini juga dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli dan juga Orang Besar Bergelar yang lain. 

Semoga Gayong Maarifat terus berkembang dan mekar di bawah pimpinan Yang Dipertuan Besar Panji Alam, InsyaAllah~

Thursday, 27 December 2012

Kursus Tenaga Rohaniah / Tenaga Dalaman

Bismillahirahmanirahim..


“Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Itu Utusan Allah..”


Assalamualaikum w.b.t..

Orang ramai di alu-alukan untuk mengikuti: 


Kursus Tenaga Rohaniah/Ilmu Tenaga Rohaniah/Ilmu Warisan Datuk Laksamana Hang Tuah & Ulama Zaman Silam
- Ajian Pagar Diri
- Ajian Pelangkah Hulubalang
- Ajjan Gayong Semilir Sakti
- Rahsia Doa Mustajab
- Permainan Laksama @ Ibu Gayong

- Perubatan Tenaga Rohaniah Peringkat Asas

Dijamin tidak menggunakan tangkal dan jin..Hanya berserah 100% pada Allah S.W.T.

TERBUKA KEPADA SEMUA
Hubungi:
Ayahanda Doni al Qadiri-0168054477 (Kota Kinabalu dan Inanam)
Ustaz Fazrie al Qadiri- 0178696942 (Lahad Datu,Kota Kinabalu,Sandakan,Tawau)
Tuan Fahmi al Qadiri- 0168601083 (Kota Kinabalu, Tanjung Aru,Tambunan,Beaufort)
Tuan Hilmi al Qadiri- 0143021052 (Sepanggar, Kinarut, Papar)

Daulat Tuanku & Tahniah~

Bismillahirahmanirahim..


“Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Itu Utusan Allah..”


Assalamualaikum w.b.t..


Admin mewakili ahli PSSGMM Sabah ingin mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah atas perlantikan semua - Kekanda, Ayahanda, Paduka Ayahanda, Paduka Tok Ayah - serta pertabalan Yang Dipertuan Besar Panji Alam Dr Azam Al-Qadiri sempena Majlis Ulang Tahun Pertabalan Yang Dipertuan Besar Panji Alam pada 22 Disember 2012 bersamaan 8 Safar 1434 bertempat di Pusat Latihan Tertinggi PSSGMM, Kampung Bunian Bukit Tinggi Pahang.


Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku










Tahniah juga kepada Ayahanda Doni M. Masjiril di atas perlantikan sebagai Imam Perang Wilayah Malaysia timur dan juga kepada Datuk Seri Orang Kaya Setia Paduka Tok Ayah 
Indera Pahlawan orang besar jajahan takluk wilayah Malaysia Timur.


Semoga Gayong Maarifat terus berkembang dan mekar di bawah pimpinan Yang Dipertuan Besar Panji Alam Dr Azam Al-Qadiri..

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar


Salam Dari Bawah Bayu~


Rahsia Ilmu Gerak Laksmana Ilmu Cuca {TERCA}


Bismillahirahmanirahim..
“Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Itu Utusan Allah..”
Assalamualaikum w.b.t..
Ilmu  Usul(cuca) atau mengenal asal usul telah lama diamalkan oleh pendekar pendekar terbilang pada masa dahulu.Mereka menumpulkan senjata dengan kaedah memujuk secara lisan dan batin,tanpa bantuan jin,mantera,jampiserapah .Nak bukti jumpa datok kita buktikan depan mata.Sebenarnya salah satu pengalaman datok hampir dipatuk seekor ular tedong semasa pergi merawat seorang pesakit seekor ular tedung betul betul berada didepan datok dengan syahadah  sekali datok terus pujuk ular dan beritahu ular tersebut jika dia patuk datok datok akan dakwa dia diakhirat,terus ular tu cabut lari padahal betul betul berada dekat kaki datok dan bersiap sedia untuk mematuk datok.Kaedah yang sama bila kita nak bagi senjata itu tumpul secara batin zahirnya tajam batinyya tumpul .Peluru,logam,keris ,ular,harimau ke semua makhluk Tuhan yang diciptakan Tuhan untuk memberi manfaat kepada kita.Apabila kita mengenal mereka kita tidak akan takut dengan makhluk.kita akan terkagum dengan kebesaran Allah.Nak rahsia ini jumpa datok .                                                                                          
Kaedah mengolah tenaga AURA atau nur bukan ilmu baru .Pengolahan nur cahaya ini telah diamalkan oleh datok laksamana Hang Tuah,Datok Bahaman ,Mat kilau ,kebetulan datok ada salinan kitab pahlawan mat kilau ada disebutkan kaedah mengolah kalimah Allah misalnya untuk berperang maarifatkan kalimah Allah berwarna merah,untuk pengasih maarifatkan kalimah Allah berwarna kuning.Penemuan kaedah ini adalah diambil dari tokku paloh,setelah mereka berguru dengan tokku paloh seorang waliyullah terkenal setelah mereka membuang ilmu ilmu dunia. mereka mula ditiupkan roh jihad oleh tokku paloh dengan ilmu ilmu perang berlandaskan islam.Murid gayong maarifat diajar ,diasuh tentang yakin Illallah, dengan menafikan makhluk dan isbat Allah swt. makhluk tak dapat beri manfaat atau mudharat melainkan idengan izin Allah. api tidak boleh membakar , tapi Allah sahaja yang membakar. Api berhajat pada Allah untuk membakar, tapi Allah tidak berhajat pada api untuk membakar. Jika Allah mahu, api boleh membakar, dan jika Allah mahu, api tidak boleh membakar.
,dalam tauhid kita, LaIlahaIllAllah ialah yakin Allah Maha Kuasa, makhluk langsung tiada kuasa.
Seorang ulama’ memberitahu, Allah SWT hendak menyempurnakan nikmat2Nya yang besar kepada hamba2Nya yg berhubung dgn dunia dan akhirat, maka Ia mengutus para AnbiaNya dengan memberikan mereka dua keistimewaan: Doa dan Da’wah. segala hajat yang dipohonkan pada Khaliq yang Maha Kuasa dinamakan doa dan segenap perintah Khaliq disampaikan pd makhluk2 Nya dinamakan da’wah.
AllahSWT berfirman yang maksudnya:”Maka ingatlah Allah saat berdiri, duduk dan berbaring”(An Nisa’:103) . Dalam pada itu,NabiSAW bersabda ,”Mahukah kamu aku beritahu amalanmu yang terbaik dan tersuci di sisi Rajamu(AllahSWT) dan dapat meninggikan darjatmu,serta lebih baik bagimu dari bersedekah emas dan perak, dan mengalahkan musuhmu di gelanggang pertempuran?” Para Sahabat R,A menjawab “Tentu sahaja ya Rasulullah!” Baginda SAW menjawab,” Yang terbaik dari semua itu ialah zikrullah”. Sebahagian orang arif pula berkata:” Zikir adalah rukun tariqat, kunci hakikat, senjata murid, dan pancaran sinar kewalian.”
Jadi, cukuplah dengan firman Raja segala Raja SWT, Khatamun Nabiyyin SAW, dan Ulama’2 Rah. yang membuka kelebihan zikrullah. Para Ulama’ semasa tiba ke tanah Melayu (jika tidak silap, tabi’in) sama ada Indonesia dan Brunei, berda’wah dengan hikmah. Dari persilatan, kepada permainan2 tradisi yang lain, diselitkan dengan unsur2 agama. dengan kata lain, seni silat telah dijadikan salah satu wasilah untuk sampaikan Islam pada umat!
Misalnya contoh ada seorang pemanah di kampung ini dapat memanah buah manggis di atas kepala seorang yang diikat pada pokok. kerana ahlinya dalam memanah, sikit pun anak panahnya tidak tersasar. orang2 kampung sebelah yang mendengar cerita ini begitu yakin dengan keahlian pemanah tersebut, walau hanya mendengar dari mulut orang. tetapi, apabila mereka ke kampung itu melihat sendiri pemanah itu memanah, yakin mereka makin bertambah. dan yakin mereka akan capai kemuncaknya apabila mereka sendiri yang diikat pada pokok itu, dan mendapati anak panah itu benar2 tepat pada buah manggis itu!
Begitulah iman yakin kita pada Allah, dengan hanya mendengar cerita kebesaran Allah, iman kita hanya peringkat Ilmu-Yakin. apabila melihat sendiri, spt orang2 kampung itu, iman meningkat pada Ainul-Yakin, tapi apabila kita sendiri mengalaminya, baru dapat Haqqul-Yakin(hakikat Iman). guru2 selalu menguji anak2 silatnya dengan menyuruh terjun ke dalam lubang yang dipacak lembing, berjalan atas bara atau kaca, ditetak dengan parang tajam dan sebagainya.ia adalah untuk menafikan ‘sifat2 makhluk’ tersebut( parang tidak dapat memotong melainkan dengan izin Allah). hakikatnya, ilmu ini adalah ilmu yakin pada pencipta Allah yang maha berkuasa,maarifatnya ilmu ini adalah untuk merasa akan kebesaran dan perlindunganNya.Bagaimana kita solat andai kita tak terasa kebesaranNya bukankah kosong solat itu sekalipun rukun dan bacaannya sempurna.
Murid gayong maarifat dilarang keras sama sekali menggunakan tenaga dari jin dan syaitan,bahkan sangat memusuhi syaitan dan iblis.Murid gayong maarifat didedahkan dengan solat sunat taubat dan solat sunat hajat wirid dan kebesaran Allah swt melalui kaedah bertafakur dengan membuat pengosongan (tahalli)beristigfar ,kemudian membuat pengisian (takhalli)selawat,zikir dan bacaan surah surah terpilih.Natijahnya nanti InsyaaAllah akan melahirkan individu yang bertaqwa ,waraq ,berbudi pekerti,jujur ,ikhlas ,amanah dan berkasih sayang sesama insan.
~~CREDIT TO = TOK AYAH NAHZA 

Sejarah Silat Nusantara


Bismillahirahmanirahim..
“Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Itu Utusan Allah..”
Assalamualaikum w.b.t..
Berikut merupakan sejarah serta definisi silat yang saya petik dari sebuah blog (rujuk penghujung artikel):
Dengan perkataan silat itu adalah lebih masyhur digunakan. Sebuta selain daripada itu digunakan pada sesuatu daerah yang membawa makna khusus. Misalnya perkataan ‘Gayung’ secara umumnya digunakan oleh masyarakat Melayu di daerah utara semenanjung Tanah Melayu. Perkataan Gayung secara khususnya bermaksud amalan kerohanian yang terdapat dalalm silat. Perkataan ‘Pencak’ lebih lumrah digunakan di Indonesia khusunya pada masyarakat Tanah Jawa. Dipercayai bahawa pencak adalah daripada perkataan Panca atau Manca dalam sebutan orang Melayu Minagkabau yang membawa makna plajaran silat Langkah atau Sembilan (mit. jamal 1986). peringkat lanhkah sembilan dan Gelombang Dua belas membolehkan silat menjadi satu permainan tempur ysng didalamnya terdapat serang dan bela diri samada dengan senjata atau tanpa senjata. Perkataan ‘Kali atau Basilat’ digunakan oleh masyarakat Melayu Filipina yang mengembangkan kemahiran senjata tongkat dari kayu atau rotan.
Istilah Silat
kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Teuku Iskandar 1970) memberikan makna silat ialah sejenis permainan dengan menggunakan ketangkasan dan mempertahankan diri, maksudnya ialah sejenis permainan atau sukan tradisi yang mempertarungkan dua orang pesilat yang mahir dalam ilmu bela diri samada menggunakan senjata atau tanpa senjata. Permainan tersebut untuk tujuan persembahan ataupun memilih pesilat yang terbaik. maka [ermainan silat atau sukan tradisi rakyat memerlukan kemahiran dan ketangkasan fizikal dan mental. Permainan ini diadakan di masa singgang, bertamat silat, majlis rasmi, nikah kawin atau kenduri kendara makan pulut yang diiringi dengan gendang bersilat. Permainan silat ini kerap dihubungkan dengan nama Silat Pulut atau Gayung Pulut kerana setiap pemain akan diberi cenderahati iaitu bunga telur yang disertakan sekepal pulut. Maknanya antara lain perkataan silat lebih dikenali dalam sosio budaya Melayu sebagai permainan tradisi rakyat, iaitu permainan yang dapat mengekalkan ilmu kepahlawanan atau seni perang Melayu dalam bentuk seni rakyat. Maka persembahan permainan silat atau pertandingan silat kerap diiringi paluan pergendangan silat yang kini dikenali sebagai Muzik Silat Baku Malaysia.
Makna silat sebagai seni persembahan atau Silat Pulut adalah mengikut tafsiran, kefahaman ataau pemerhatian secara umum penyusun kamus tahun70an yang silat kerap dilihat sebagai seni persembahan atau satu permainan. Pengertian silat tidak menyentuh secara khusus sebagai perkhidmatan pendidikan silat atau satu permainan. Pengertian silat tidak menyentuh secara khusus sebagai perkhidmatan pendidikan silat atau sebagai ilmu kepahlawanan atau seni perang melayu yang hubunganya dalam isntitusi pertahanan negara. lagipun ketika itu silat telah lama terpinggir dari istana. Silat tidak mempunyai ruang dan kesempatan berkembang maju dalam kemajuan pertahahan sejajar dengan perkembangan negara lain di dunia. Penjajah barat seperti Inggeris misalnya telah memperkenalkan sistem pertahanan barat dengan menubuhkan mata-mata (polis) dan askar sepoi bagi menangani keselamatan negara yang ketika itu mendapat tentangan daripada bekas-bekas pejuang Melayu. dari itu, guru-guru silat amat berhati-hati menampilkan silat dalam masyarakat kerana penjajah mempunyai penafsiran dan pengalaman dalam perang menghadapi pahlawan silat Melayu.
Tidak pula melihat silat sebagai satu institusi pendidikan kepahlawanan Melayu dalam menyumbang kepada pembentukan sosio budaya melalui perndidikan silat tradisi gelanggan bangsal. sebagaimana terkenalnya pendidikan agama dalam masyarakat Melayu melalui institusi pondok. Dalam masyarakat Melayu tradisi dua institusi tersebut amat beasr sumbangannya dari aspek pembinaan jasmani dan rohani atau pembentukan ilmu dan kehidupan dunia dan akhirat. Gabungan institusi gelanggan bangsal dan pondok telah membentuk masyarakat Melayu tradisi yang serba kekurangan dapat mempertahankan nilai diri, budaya dan agamanya dari pengaruh penjajah yang silih berganti. Pendidikan cara hidup pendekar silat yang seimbang dari aspek ilmu, amal dan kemahiran silat dapat membentuk kesempurnaan hidup atau insan.
Pendidikan silat terus manghadapi transformasi pada peranan dan makna sosio budaya Melayu sesuai dengan masa dan keperluan masyarakatmya. Pendidikan silat menumpukan kepada pembangunan manusia dari luaran dan dalaman yang dapat membentuk masyarakat bersisiplin, berakhlak, kendiri, ikhsan, patriotisme, satria, jati diri dan kewarganegaraan yang boleh menyumbang kepada pembangunan pemikiran dan tenaga bangsa, agama dan negara.
Sejarah silat terpinggir dari istana, silat tidak lagi berkembang dalam isntitusi pertahanan negara sebagai mana asalnya, selama lebih kurang 460 tahun (T.M 1511 -1957). Silat kembali ke pangkuan masyarakat desa dan menumpukan pendidikan insan dan kemahiran mempertahankan diri tanpa senjata atau menggunakan tulang empat kerat untuk menghadapi lawan tanpa senjata atau bersenjata. Silat hanya meneruskan latihan kemahiran menggunakan senjata senjata tradisi seperti keris, pedang, golok, kerambit, lading, kelawang, tongkat dan sebagainya. bagi silat, snejata adalah alat yang boleh disesuaikan dengan keadaan dan keperluan. Ramai anak muda yang pandai bersilat menyertai pasukan polis dan askar Melayu. Disana mereka masih dapat berbakti kepada negara, DI mana sahaja mereka berada, ilmu silat dijadikan ilmu dalaman yang dapat membantu mereka menjadi pegawai dan pekerja yang baik serta produktif.
Apa yang penting kepad silat ialah siapa yang berada di belakang senjata atau memegang tugas. maka pendidikan sifat mengajar secara langsung atau tidak langsung memiliki pelbagai ilmu lain seperti ilmu firasat, pertolongan cemas, petua, adat sosial, psikologi, pemakanan, politik, sains, sejarah, agama, budaya, kenegaraan, kerohanian dan sebagainya atau ringkasnya ilmu dunia dan akhirat. Tujuan untuk melahirkan insan yang seimbang. Dengan sebab itu, penuntut silat diamanahkan untuk menjaga ilmu jagan sampai ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab, hendaklah mengamalkan ilmu dengan yakin dan menggunakan atau meletakkan ilmu di tempat yang betul.
Pelbagai nama Silat
Silat menjadi amalan penting kepada rumpunMelayu yang menghuni Kepulauan melayu Nusantara dalam ruang yang luas. Warisan pusaka bangsaitu menamakan silat sebagai pengenalan rumpun atau puak masing-masing seperti Silat Minangkabau untuk Melayu Minangkabau, Silat Jawa di Tanah Jawa. Silat Kurinci di Kurinci. Silat Boyan di Boyan. Silat Sunda di Sunda dan sebagainya. Apabila disebut Silat Melayu secara umumnya merujuk kepada silat yang terdapat dalam masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu yag disebut Silat Melayu dalam buku ini, yakni silat tempatan atau seni silat Melayu tradisi Semenanjung Tanah Melayu.
Sehubungan perkara di atas dengan lebih jelas lagi dalam setiap rumpun silat telah terdapat pecahan kepada beberapa kumpulan atau perguruan. Misalnya dalam Silat Minangkabau terdapat Silat Teralak, Silat Lintau, Silat Kumango, Silat Semilajadi, SIlat Kota Lima Puluh, Taram dan sebagainya. Dalam Silat Jawa terdapat Cemende, Syahbandar, Ciancur, Kuningan, Panglipur dan sebagainay. Demikian juga dengan Silat Melayu terdapat nama-nama seperti Silat Fatani, Silat Jawi, Silat Bunga, Silat Tari, Silat Melayu Asli, Silat Harimau dan sebagainya. walaupun berbagai nama, ke semua kumpulan atau penguruan tersebut mengajar silat.
Perkatan silat lebih awal digunakan berbanding dengan gabungan seperti pencak silat iaitu menggabungkan dua perkataan iaitu ‘pencak’ dan ’silat’. Gabungan perkataan pencak silat unruk menggabungkan sifat rumpun Melayu Minangkabau, Aceh, Palembang, Riau dan sebagainya dan rumpun Jawa dari pencak Sunda, Bali, Lombok dan sebagainya yang terdapat dalam wilayah Indonesia. Kemudian diistilahkan sebagai seni bela diri bangsa Indonesia sama yang berada di Indonesia atau diluar Indonesia. Istilah pencak silat tidak termasuk Silat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, di Malaysia dari yang serumpun dan sebenih denganya. Silat Melayu inilah yang disebut dalam buku ini sebagai Silat Malaysia yakni silat asli di Malaysia.
Seni Melayu adalah berasal daripada masyarakat Melayu, khusunya di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu dan masyarakat Melayu di beberapa buah negara dan daerah bersempadan denganya. Pelangkauan ruang Silat Melayu berlaku sebelum wujud persempadanan negara seperti sekarang ini. Masyarakat Melayu di daerah tersebut mempunyai hubungan tali darah atau persaudaraan dengan masyarakat Melayu Patani, Kemboja, Champa, Acheh, Sumatera dan sebagainya. Masyrakat Melayu tersebut pernah menempa kecemerlangan sebgai kuasa kerajaan Melayu tradisi di rantau ini. Kekuasaan Kerajaan Siam di atas Kerajaan Melayu Fatani yang berada di utara Semenanjung telah diakui British dalam Perjanjian Burney 1826 (Nik Anuar Mahmud 2006). kejatuhan Kerajaan Melayu tesebut maka Silat Melayu terus berkembang dalam masyarakat Melayu Semenanjung Tanah Melayu, Malaysia.
Dapat disimpulkan bahawa masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu memang mempunyai silat aslinya sendiri. Maka silat inilah yang dikenali sebagai Silat Melayu.
Bagi melihat kebenaran kewujudan Silat Melayu dipaparkan pandangan beberapa orang pengkaji dan penulis silat. Daripada sumber tersebut dapatlah Silat Melayu diperkukuhkan lagi. Diantaranya adalah seperti berikut.
Sejarah Silat Melayu
Abd. Rahman Ismail (Edisi: Seni SIlat Melayu. USM:2005 hal 188) menjelaskan bahawa silat pernah berperanan membentuk angkatan pertahanan negara sejak kerajaan Melayu Langkasuka, Gangga Negara, Champa, Kemboja, Fatani, Beruas, Minagkabau, Srivijaya, Majapahit, Melaka dan lain-lain negeri didalam Kepulauan Melayu, Nusantara.
Tambah belau lagi, silat wujud dalam masyarakat Melayu Champa/Vietnam sekitar 2000 tahun dahulu dengan penemuan keris tembaga didaerah tersebut dan lukisan di Candi Borobudur di Tanah Jawa. Panglima Champa kerap mendapat tempat dan dimuliakan oelh raja-raja Melayu kerana memiliki pengetahuan dalam silat dan mahir dalam ilmu perang. Beliau dapat memperlihatkan dari aspek pengkajian akademik bahawa silat telah kukuh dalam masyarakat Melayu sejak 2000 tahun. Kerajaan Kemboja (Funan) dan Champa merupakan dua kerajaan yang berjiran dalam kelompok dan zaman yang sama. Tetapi di abad yang sama, kerajaan Champa yang berjiran dengan China kerap berperang tanpa mahu tunduk kepada China.
Menurut beliau lagi, silat pernaj diletakkan di bawah perlindungan istana untuk membnetuk angkatan perang raja. Raja-raja Melayu mengalakkan putera dan anak-anak pembesar mempelajari silat dan ilmu-ilmu lain yang sehubungan dengan keperluan perang. Pendekar yag handal diangkat mengepalai angkatan perang dan mendapat kurnia dan darjat daripada raja.
Di dalam Sejarah Melayu (A Samad Ahmad: 1996. hal 75) ada menceritakan Sultan Muhammad Shah telah memilih seorang pegawai Champa sebagai pegawai kanan kerana orang Champa emilii kemahiran dan pengetahuan dalam pemerintahan negeri.
Sehinggalah kurun ke sembilan belas, sejarah telah memperlihatkan pendidikan silat terus berkembang dan berjaya mewujud pemimpin perang Melayu penentang penjajah sepeti Mat Kilau, dato’ Bahaman, Dato’ Sago, Tok Janggut, Raja Haji, Mat Salleh dan sebagainya. Zaman komunis ditemukan tokoh seperti Kiai Salleh, Kiai Osman, Kiai Shamsuddin. Hj Abbas dan sebagainya. Maknanya silat tidak ketandusan pemimpin yang terus memugar dan menanam semangat cintakan tanah air dan berjuang hingga ke titis darah yang terakhir. Di atas adalah antara beberapa nama yang tercatat dalam sejarah yang berjuang secara ikhlas kepada negara. Kehebatan mereka mempunyai sejarah dan hubungan rapat dengan ilmu persilatan di samping ilmu-ilmu lain yang membolehkan mereka menjadi pemimpin yang berkesan.
Silat bukan sahaja merupakan satu keperluan untuk mempertahankan diri, tetapi silat merupakan lambang keperibadian bengsa dan seni budaya Melayu yang sudah sebati dalam jatuh bangun kerajaan melayu sepanjang zaman dan bersama-sama mengecapi pahit manis memperjuangkan dan menegakkan kedaulatan bangsa Melayu.
Sepanjang pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu silat terus dipinggirkan dalam perndidikan di sekolah Melayu. Silat tidak mendapat tempat dan disusun menjadi mata pelajaran sebagaimana ilmu-ilmu lain sperti pelajaran senaman, tatian, nyanyian, pertukangan selain ilmu kesihatan, ilmu bumi, sejarah, bahasa inggeris, bahasa melayu dan kira-kira. Sehinggalah ke hari ini silat terus terpinggir dari kurikulum pendidikan negara dan hanya diterima sebagai kokurikulum pakaian seragam setaraf dengan seni mempertahankan diri dari luar negara. Bagaimana pun silat terus disampaikan kepada masyarakat melalui pendidikan silat gelanggang bangsal yang dilakukan oleh guru-guru silat.
Silat Selepas Merdeka
Selepas merdeka (1957) terdapat ratusan aliran Perguruan Silat di Malaysia. Pemerintah di Malaysia telah mengarahkan pengamal silat mewujudkan persatuan silat dan didaftarkan atas tujuan untuk membina, meyusun dan pengurusan silat yang lebih baik. Sarana tersebut disambut baik, maka beberapa kumpulan silat telah didaftarkan. Di sinilah bermulanya wujud pelbagai nama alairan penguruan silat kerana setiap pendaftar mestilah mempunyai nama kumpulan masing-masing.
{ada tahun 1978 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia ketika itu berusaha untuk mewujudkan satu badan atau gabungan peringkat negara yang boleh membangunkan silat secara lebih berkesan, maka wujudlah Majlis Seni Silat Malaysia (1983). Kemudiannya ditukar kepada nama baru iaitu Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia atau Pesaka Malaysia, dan lulus pendaftarannya pada 1986. Pesaka malaysia telah dianggotai oelh empat anggota bertaraf badan pendiri Pesaka Malaysia iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayung Malaysia, Silat Lincah Malaysia dan SIlat Cekak Malaysia. Lain-lain perguruan silat menjadi anggota PESAKA Negeri yang diwujudkan di setiap negeri di Malaysia. bermakna seluruh silat telah bersatu di bawah Pesaka Malaysia.
Mewujudkan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa
Pada tahun 1979 satu sidang diadakan di Jakarta untuk membentuk Federasi Pencak SIlat Internasional yang kemudiannta dikenali dengan Persekutuan Silat Antarabangsa. cadangan tersebut telah diajukan oleh Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI) kerana melihatkan aliran pencak silat telah berkembang di Nusantara dan beberapa negara dunia. maka Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura dinobatkan sebagai negara pendiri Persilat. Bagi merapatkan hubungan antara pengamal pencak silat, maka diwujudkan sukan pencak silat yang dikenali sebagai ‘Pertandingan Pencak Silat’ (Maryon R.S 1972).
Persekutuan Pencak SIlat Antarabangsa (Persilat) telah dapat mengembangkan pencak silat di beberapa buah negara dunia dengan melaksanakan pelbagai aktiviti. Antaranya pertandingan pencak silat diperingkat Kejuaraan Pencak Silat Sedunia, Sukan Sea, Kejuaraan Pencak Silat Eropah dan sebagainya.
Pertandingan pencak silat dapat mengukuhkan dan mengembangkan pencak silat diperingkat antarabangsa. Kerjasama yang padu daripada pengamal pencak silat di negara-negara pendiri pencak silat dapat mengukuhkan seni bela diri pencak silat. Usaha murni ini elah menjadikan masyarakat dunia mengenali pencak silat.
Bagi mengatasi beberapa masalah yag timbul dalam pertandingan pencak silat seperti kemahiran atlit menguasai oencak silat, perwasitan, pernilaian, perantaran, teknikal dan sebagainya, Persilat dengan persetujuan anggotanya telah membakukan beberapa kategori pertandingan pencak silat dan menjadikan pencak silat sebagai rujukan ilmu dan maklumat.
Masalah berpunca daripada perguruan pencak silat mengamalkan kaedah pengajaran pencak silat cara masing-masing yang tidak seragam dan berbeza-beza, memberi kesan yang negatif terhadap pertandingan pencak silat. Pengamal pencak silat di negara bukan asal pencak silat yang baru mengenal ilmu dan budaya pencak silat misalnya telah menghadapi masalah menguasai dan bersaing dengan peserta negara pencak silat. Tindakan Persilat ialah seperti yang disebutkan di atas iaitu membakukan atan membentuk pergerakan yang seragam dalam Kategori Tanding dipermudahkan peraturannya agar membolehkan sukan pencak silat ini diikuti oleh atlit pencak silat dari negara bukan asal pencak silat. hasilnya amat baik, atlit pencak silat dari negara-negara bukan pencak silat telah memperlihatkan kemajuan dan berjaya menguasai pertandingan pencak silat.
Melalui Persilat dan anggotanya usaha pengukuhan dari semua aspek pencak silat telah dilakukan dengan baik seperti penggunaan istilah, menyeragamkan gerak, kaedah dan rupa pencak silat, kepakaran, tertentuan dan ketetapan rujukan ilmu dan maklumat adalah dari pencak silat.
Seluruh pengamal dan anggota Pencak Silat terus berusaha dengan bantuan kerajaan di negara-negara berkenaan agar dapat melaksanakan cita-cita membangunkan pencak silat. DI Malaysia misalnya, pencak silat telah berkembang dangan baik terutama dalam masyarakat yang berasal dari negara pencak silat. Perkembangan pencak silat seiring dengan perkembangan Silat Melayu yang lebih dikenali sebagai silat.
Mewujudan Persilat teah memenuhi hasrat pengamal pencak silat untuk memartabatkan Pencak Silat di peringkat antarabangsa. Oleh sebab penyataan hak kedaulatan sesuatu bangsa dan negara, khusunya kepada pencak silat diiktiraf sebagai seni beladiri Indonesia (Rayon R :1972, Ki Moh. Djomeli :1982, Uyuh Suwanda : 1979. R. Asikin : 1975 atau Waryono O. 2000).
Diambil dari Pesaka Malaysia kerdit to>http://berandamadina.wordpress.com

Mari Mempertahankan Diri dan Agama


Bismillahirahmanirahim..

“Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Itu Utusan Allah..”

Assalamualaikum w.b.t..

Islam Itu Tinggi, Tiada yang Tinggi Selainnya“..begitulah peringatan yang sering diingatkan oleh seorang guru agama kepada muridnya. Jika difikirkan memang ada asasnya ungkapan ini, melihat kepada perjuangan umat Islam yang terdahulu. Jika seorang Islam itu diceroboh haknya, maka saudara seislamnya di negara jiran akan datang membantu. Tapi tidak pada masa kini, bukan tidak ada langsung yang cuba mempertahankan serta membantu saudara seislamnya, tapi jumlahnya terlalu sedikit berbanding yang terus menerus menyerang, mencemuh serta menghina pendukung agama Allah ini. Tidak ada lagi tempat yang selamat bagi seorang Islam pada masa kini sama ada diluar atau di dalam rumah. Tidak perlulah kita terus menjurus kepada konflik agama diluar negara, lihat sahaja di negara kita sendiri.


Biarpun tidak secara nyata golongan kafir ini menentang secara halus. Namun hari demi hari pelbagai usaha yang giat dijalankan oleh mereka dari usaha mengkafirkan umat islam sehingga mengaut harta umat islam di negara ini semakin ketara sejak sedekad yang lalu. Ibarat bom jangka yang hanya menanti masa untuk meledak begitulah juga keadaannya di negara ini. Bukan mahu menafikan keamanan serta perpaduan tapi persediaan itu juga perlu kerana pada masa kini undang-undang pun tidak lagi mampu menyelamatkan kita.  Hak seorang Islam mampu dicabar melalui mahkamah yang berpaksikan undang-undang tinggalan British iaitu “common law”. Kadang kala dalam usaha kita menyedarkan saudara seislam ada juga suara sumbang mengatakan kita harus berserah dan berdoa.

Memang “doa itu senjata seroang mukmin“, tapi tanpa usaha doa adalah sia-sia. Firmah Allah: “Aku tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri“. Sesuatu doa itu perlulah disusuli dengan usaha, maka dengan itu perlulah kita memiliki satu ilmu untuk mempertahankan diri sebagai bekalan dalam menghadapi musuh-musuh yang tidak boleh diduga kedatangannya. Persoalan yang selalu timbul di zaman serba canggih ini ialah, kenapa kita perlu ilmu mempertahankan diri sedangkan sekarang sudah ada senjata moden seperti pistol? Benar kini memang ada senjata seperti pistol, tapi sejauh mana dan sampai bila pistol itu akan mempertahankan tuannya? Sehingga habis peluru? Sehingga pistol itu jatuh ke tempat lawan? Atau belum sempat kita keluarkan senjata, musuh sudah menyerang? Bayangkan anda sedang bersiar-siar dengan keluarga dan tiba-tiba diserang oleh sekumpulan samseng atau perompak, adakah anda hanya berserah begitu saja?

Dalam konteks mempertahankan diri menghadapi ancaman yang tidak diduga, senjata yang paling berkesan ialah diri sendiri, gunakan diri sendiri untuk melawan musuh. Malah musuh bersenjata pun mampu ditewaskan dengan menggunakan ilmu seni bela diri. Sila nyatakan berapa banyak seni bela diri menggunakan doa, solat sunat serta zikir sebagai amalan rohaninya? Perkiraan antara 1 sehingga 5 pun belum tentu wujud dalam menyatakan ciri sebuah ilmu seni mempertahankan diri seperti yang dinyatakan. Ilmu seni bela silat yang dikatakan berasal daripada pengaruh Cina dan Hindu dan kemudiannya berlaku pertembungan budaya diantara seni ini dan juga kedatangan agama Islam di nusantara akhirnya mewujudkan sebuah seni bela yang dibatasi oleh syarak dan dinaungi dengan amalan-amalan Islam seperti solat. Namun masih terdapat aliran silat yang masih mengamalkan amalan tradisi dahulu tanpa menyerap elemen-elemen Islam di dalam amalan dan pembelajarannya seperti pengunaan jin, mantera serta jampi haram.

Berbeza dengan Seni Silat Gayong Ma’arifat yang mempraktiskan ajaran Islam Al-sunnah wal jamaah secara menyeluruh dari membuka langkah sehingga mematikan langkah. Ahli-ahli silat Gayong Ma’arifat berpegang teguh atas kalimah tauhid “Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah” yang perlu dilafazkan dalam setiap pertarungan atau latihan. Dalam membuka langkah perlunya juga wujud rasa tawakal kepada Allah yang mengizinkan setiap yang berlaku di muka bumiNya maka itu setiap langkah diringi zikir yang memuji kebesaran Allah yang sentiasa disarankan untuk diamal oleh pesilat-pesilat Gayong Ma’arifat daripada Guru Utama Seni Silat Gayong Ma’arifat. Jauh sekali daripada mensyirikkan Allah dengan menggunakan bantuan makhluk lain, setiap lafaz syahadah disusuli doa, dan doa disusuli dengan langkah tenaga rohaniah atau tenaga dalaman si pesilat.

Marilah kita bersama-sama mengejar ilmu Allah yang sangat luas, jangan wujud rasa bangga dengan ilmu yang sudah miliki kerana ilmu itu tersangatlah luas, Rasullullah bersabda: “Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China”. Dalam kita mendalami ilmu persilatan ini sama-sama juga kita mendekati Allah dan terus menyebar serta mencari ilmu-ilmu yang lain sebagai bekalan kita mempertahankan agama suatu hari kelak. Namun carilah ilmu yang bersesuaian dengan syarak, yang berpegang kepada Al-Quraan dan Al-Sunnah sebagai sumber dan jauhi ilmu yang bertentangan dengan Islam serta menyukutukan Allah dengan menggunakan bantuan makhluk lain. Semoga Islam dapat kita pertahankan, diri dapat kita siap siagakan dan dada penuh dengan ilmu dan iman InsyaAllah.

Gelanggang Seni Silat Gayong Ma’arifat kini sudah dibuka di Sabah dan kini sedang giat menggumpulkan ahli, antara gelanggang yang kini giat menjalankan latihan:
1.      Gelanggang Putatan, Cruz Fight Station
2.      Gelanggang SK Sri Gaya, Kota Kinabalu
3.      Gelanggang Warisan, Kg Warisan Inanam


Syarat menyertai latihan:
1.      Islam
2.      Berumur 4 tahun dan ke atas
3.      Syarat-syarat lain yang mungkin difikirkan sesuai oleh gurulatih

Bagi yang berminat menyertai sila hubungi:

1.      Ayahanda Doni Masjiril (016-8054477)
2.      Pendekar Ahmad Zul Fahmi (016-8601083)
3.      Pendekar Muhd Hilmi (014-3021052)


Asal usul kejadian Jin


Bismillahirahmanirahim..
“Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Itu Utusan Allah..”
Assalamualaikum w.b.t..
Daripada Ibnu Abbas R.A: “Allah menciptakan pemimpin jin daripada nyalaan api. Kemudian dikatakan kepada jin yang baru sahaja diciptakan itu: ‘Mintalah sesuka hatimu’. Maka jin pun berkata: ‘Aku meminta agar aku dapat melihat tetapi aku sendiri tidak boleh dilihat, aku meminta agar aku dapat masuk ke dalam bumi dan aku meminta agar dipanjangkan lagi usia dan menjadi muda lagi sebelum mati’ “.
Berdasarkan al-Quran, Allah menciptakan jin itu daripada api yang panas, berbeza daripada malaikat yang Allah cipta daripada cahaya. Dikhabarkan juga jin dan malaikat itu dicipta terlebih dahulu daripada manusia namun tidak diketahui secara tepat berapa jarak masa antara dua penciptaan ini.
Dua istilah api yang berkait rapat dengan penciptaan jin ini iaitu Nar-Al Samum (api yang panas) dan Marij (nyalaan api). Namun ulama berpendapat tidak terdapat perbezaan ketara antara dua istilah ini malah al-samum merupakan sifat yang memperjelaskan sifat marij.
Dari segi bahasa, jin terdiri daripada dua huruf iaitu Jim dan Nun yang bermaksud sesuatu yang tersembunyi. Mana-mana perkataan yang beriringan daripada huruf Jim dan Nun maka maknanya tersembunyi atau tidak kelihatan. Jin digelar sedemikian kerana ia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata zahir.
Dari segi istilah terdapat berbagai jenis definisi yang boleh kita peroleh daripada perkataan jin namun terdapat definisi ringkas yang boleh kita petik berdasarkan pandangan Syed Sabiq di dalam bukunya “Al-iqaa’id Al-Islamiyyah”. Katanya: “Suatu jenis roh yang berakal yang mempunyai kehendak. Mereka adalah Mukallaf sebagaimana manusia, tetapi mereka tidak mempunyai jasad seperti manusia, tidak dapat dilihat dengan penglihatan, tidak dapat disaksikan bentuk dan tabiat mereka yang asli dan mereka mempunyai kuasa tersendiri untuk membentuk diri mereka”. 
Sumber: Buku Jin Hakikat & Pengubatannya (Dato Dr Ismail Kamus)